SYM Owners Forum Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SYM Owners Forum Club

Anda pemilik motor SYM? Ingin berkongsi pengalaman/pengetahuan teknikal dan sebagainya? Bincangkannya di SYM Owners Forum
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Pengenalan mengenai berkonvoi

Go down 
AuthorMessage
eszeree@AG
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Tadbir Gred N41
eszeree@AG


Posts : 692
Join date : 2011-05-18
Age : 42
Location : Shah Alam

Pengenalan mengenai berkonvoi Empty
PostSubject: Pengenalan mengenai berkonvoi   Pengenalan mengenai berkonvoi EmptyTue Jun 19, 2012 5:36 pm

Pengenalan
Menunggang secara berkumpulan/berkonvoi sememangnya memberikan lebih keseronokan dan kepuasan. akan tetapi boleh menjadi bahaya jika seseorang itu tidak biasa menunggang secara berkumpulan. Sila patuhi panduan jika anda berhasrat untuk menyertai aktiviti konvoi...

MARSHAL

1. Zero Marshal/ Leader
2. CONTROL Marshal
3. SWEEPER
4. TEAM LEADER Marshal
5. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal
6. Kenderaan Peserta
7. BACK MARKER Marshal/Last man
8. MEDIK Marshal/MEKANIK Marshal


Zero Marshal/Leader


Leader bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. Leader juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan marsyal2 lain untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. Leader mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada marshal2 lain untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. Leader juga mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada marshal2 lain untuk memastikan konvoi bergerak lancar. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong Leader kecuali diberi arahan sebaliknye.

Control Marshal

Control adalah penolong kepada Leader. Control mestilah mengagihkan semua arahan kepada Marshal2 lain. Jika Leader tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, Control mestilah mengambil alih tugas Leader. Control jugak mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua Marshal untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga.

Sweeper

Bilangan kenderaan sweeper bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari Leader dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. Sweeper akan sentiasa memberikan pertolongan kepada Leader dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada Leader bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya Sweeper dibenarkan untuk berada dihadapan Leader jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah memberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka.

Motorsikal Peserta


1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kenderaan di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan motorsikal di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.

Back marker Marsyal/Last Man

BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada Leader pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecahan dalam barisan konvoi.

Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari Leader. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, Control akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari Leader.

Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada Leader, Kontrol dan Sweeper dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.

Medik/mekanik

Membantu peserta konvoi yang mengalami kerosakkan jentera.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1) Perkara Am dan Wajib
Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas motorsikal anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar rantai dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki motorsikal anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2) Menyalakan lampu

Sentiasa nyalakan lampu motorsikal anda kerana ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan motorsikal maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3) Jangan mengekori terlalu rapat dengan penunggan di hadapan.

Jangan mengikut motorsikal di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4) Membenarkan Kenderaan Lain Mencelah?

Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5) Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap penunggang dan juga kemampuan motorsikal peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan motorsikal anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan motorsikal di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika motorsikal di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan motorsikal terlalu jauh ( perlahan kan juga motorsikal anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan kumpulan konvoi.
Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan motorsikal SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7) Bertenang

Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

8 ) Memotong

Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan motorsikal hadapan dan menyebabkan kenderaan yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMAKAIAN DAN PERATURAN SEMASA BERKONVOI:


-PALING PENTING ialah LESEN MOTOSIKAL DAN ROADTAX
-berkasut sarung (selipar tidak dibenarkan termasuk kasut croc)
-helmet kalau boleh janganlah pakai helmet kura atau apollo nu,merbahaya sekiranya jadi apa-apa
-baju tangan panjang dan berwarna cerah seperti merah,putih dan kuning
-jaket pantulan cahaya amat digalakkan
-pastikan motosikal anda dalam keadaan yang baik dan bagus
-brek mesti lah dalam keadaan yang baik supaya kalau terjadi brek emergency tak sempat brek nanti boleh menyebabkan eksiden




[Sumber dipetik dari ModenasBikers.com]
Back to top Go down
 
Pengenalan mengenai berkonvoi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Etika Berkonvoi
» Mohon pandangan mengenai overhaul sebab piston problem

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SYM Owners Forum Club :: Aktiviti :: Etika & Tatacara Berkonvoi-
Jump to: