assalamulaikum,
first time post kat sini. baru sebulan bawak skoot. selama ni penunggang EX5 dan RXZ tegar..hahahaha. amek skoot ni pun sbb bini nak tumpang pi kerja. so aku pun beli skoot member aku yang dia dah selimut hampir setahun. sebulan sekali jer panas enjin keliling taman.
setakat ni rasa ok. memang selesa travel jauh dan berdua. tapi bab top speed ni, tak boleh nak compare dgn motor ada gear la. FC pun terasa beza nak banding dengan EX5. dulu EX5 seminggu paling banyak RM15 tuk minyak. skoot ni paling kurang RM40 tuk bajet seminggu.
ni nak kongsi first servis di sh bikes (bandar baru bangi). dah lama aku servis moto kat sini masa pakai EX5. aku tukar tayar belakang (michelin) + enjin oil (motul semi synt) + gear oil (yamaha) + servis cvt. total RM230 terbang.
tapi yang tak best tu, baru first time bukak wheel hub dah kena operate dah motor aku. sabab ada satu skru dah bengkok dan patah. mekanik kata memang common akan bengkok atau thread jadi loose. mungkin dari kilang dah terlebih ketat. mungkin jugak skru sebesar jari kelingking tu tak sesuai dgn muatan hampir 300kg (moto dan penumpang). sudahnya terpaksa welding untuk cabut skru yang dah patah separuh dan buat thread baru. extra lagi RM50.
grand total = RM280
sedih...........tak beli ayam golek la hari ni untuk berbuka.