Tak sedap hati saya cuba rujuk dengan rakan yang ada sama model dan mengsyorkan untuk diservis dahulu CVT di kedai Man Sheng tanpa membawa kembali ke kedai yg saya beli tersebut. Sampai saja di Kedai Man Sheng, Ah Weng (Pomen ) tersebut membuka cover Bahagian CVT dan terus menggeleng kepala..apa halnya??? Semua barang local Elegan..Fuhh..menyirap darah beb...dengan pasrahnya dan malas nak pergi kedai tu kembali saya minta tukar semua set CVT pada yang original..
Kos di Kedai Man Sheng...
1. Driven Pully Set (yang lama local elegan)
2. Drive Face Set (yang lama local elegen)
3. Bearing Roda depan 2 unit. (Pecah)
4. Screw2 pada enjin (yang lama bukan ori)
5. nut roda belakang (yang lama pakai elegen kecil)
6. Minyak enjin (Hitam...tak berganti)
7. Minyak gear (Hitam..tak berganti) payah nak jumpa minyak gear color hitam???
8. Cover muffler (Rupanya tak ada)
kos keseluruhan..RM 950..
Broder2 yang sama menunggu turn nak servis pun ada beri nasihat pada saya supaya bawa
resit yang ganti barang tersebut ke kedai yg beli ni tetapi saya rasa malas nak pergi semula memandangkan saya telah melanggar kontrak waranty kedai tersebut.. takpelah..bukan rezeki saya.
saya redha dengan apa yang telah di buat pada moto ni..
Selepas selesai, saya terus balik ke seremban dengan berharap tiada lagi masalah..memang takde masalah lagi pada CVT.. keesokkan harinya...
Saja nak tunjuk pada pomen lama saya yang saya dah beli motor 2nd baru..dengan pujian pada saya..dengan bangganya saya mempelawa pomen lama ni test power...siap test speed...akhirnya dia kata...
kau tengok tak Kaburator tak ngan part dalam nie?? aku jawab tak pulak ..kenapa?? ada benda tak kena pada piston motor ni...dengan tak sedap hati aku suruh pomen ni buka cover seat dan tengok apa ada didalamnya...
Apa yang dilihat...
1. Host getah pada Caburator takde clip. senang tercabut.
2. ada host yang ditutup dengan screw dan disimpul hostnya.
3. Cylinder Head set telah ditukar dengan Elegen 150.
4. Brek Disk set telah ditukar dengan set Elegen 150 (sepatutya Dual pump)
mana ko beli motor nie??? soalan yang ditujukan pada aku... malunya aku....istifar ...apa aku dah buat nie..
Berapa kos nak baiki semua ni.. RM2000....termasuk ganti Cylinder Head Baru Original SYM berharga RM1400. Dengan secara sepontan aku cakap tolong gantikan semua barang dengan original part.
Nanti kita sambung lagi...