As Salam,
Pertama-tama kali saya ingin mengucapkan salam perkenalan kepada semua-semua bro2 owner sym nie. Saya baru sahaja memilik SYM200 SE semalam. Dalam sehari perjalanan nie, amat berpuas hati, cara bawanya rilek n steady. Dan first time memakai motor jenis Scooter nie. Sebelum nie pakai motor 125z, dah kawen nie, bini komplain x best nek motor tuh. Jadi kawan pun bertukar lah motor kepada SYM200 SE nie.
Jadi saya tiada pengalaman dalam menjaga motor scooter nie, mohon bro2 yang senior dapat memberi tunjuk ajar tentang penjagaan motor baru saya nie. Dari segi penggunaan minyak hitam, Gear Oil, Belting brapa KM setiap kali kena tukar, jenis minyak apa yang baik digunakan. Yang kedai bagitaw, KM dan seribu datang hantar tukar itu minyak hitam. Lain2 x bagi taw. Dan apa-apa lagi part2 yang peting yang saya perlu taw, kalo boleh saya nak kenangan indah bila menggunakan motor ni. Mohon bantuan kawan2 semua.