SYM Owners Forum Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SYM Owners Forum Club

Anda pemilik motor SYM? Ingin berkongsi pengalaman/pengetahuan teknikal dan sebagainya? Bincangkannya di SYM Owners Forum
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Jenis-jenis konvoi

Go down 
AuthorMessage
eszeree@AG
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Tadbir Gred N41
eszeree@AG


Posts : 692
Join date : 2011-05-18
Age : 42
Location : Shah Alam

Jenis-jenis konvoi Empty
PostSubject: Jenis-jenis konvoi   Jenis-jenis konvoi EmptyTue Jun 19, 2012 5:42 pm

Konvoi Anak Itik :
bermaksud menunggang motosikal secara sebaris(min) atau dua baris(max). Untuk konvoi anak itik ini mestilah berhati-hati dan jarak setiap motosikal mesti lah satu motosikal (lebih kurang 60cm-->lebih pon tak pa)dari penunggang motosikal depan. Mestilah patuhi undang-undang jalan raya dan peka dengan motosikal dihadapan. Penunggang motosikal dihadapan akan beri isyarat-isyarat sekira ada apa-apa yang berlaku dihadapan. Konvoi anak itik mestilah sekurang-kurang ada seorang untuk jadi marshall, lastman dan pembantu ketika konvoi untuk bantu marshall. cara susunan konvoi anak itik marshall mesti lah dihadapan sekali, dua orang yang pernah ikut konvoi atau berpengalaman, diikuti dengan motosikal-motosikal 100cc dan kebawah, motosikal standart kilang (no modified) dan skuter dan selepas itu motosikal yang sudah modified ataupon moto-moto yang laju-laju akhir skali lastman. konvoi anak itik ini biasanya dilakukan di jalan-jalan pekan, kampung dan dijalan-jalan yang agak sibuk.

Konvoi bersama Polis dan penunggang luar :

Dengan jumlah penyertaan konvoi yang lebih besar,kita terpaksa meminta bantuan polis untuk melancarkan perjalanan. Biasanya konvoi jenis ini adalah perjalanan yang pendek.

Perjalanan pendek tersebut adalah dari satu destinasi ke satu destinasi(jarak dlm 5km-10km). Dengan bilangan konvoi yang besar, peraturan konvoi diubahsuai mengikut situasi. Konvoi formasi 2-selari diaplikasi serta bergerak rapat dan juga khidmat runner digunakan.

Dengan bantuan polis konvoi itu juga berbeza dengan konvoi normal kerana kita tidak perlu berhanti di simpang/ lampu isyarat. Akan tetapi kelajuan konvoi lebih perlahan berbanding dengan konvoi normal.

Konvoi Tunggangan Bebas/Free Ride Convoys :

Ini biasanya berlaku dimana motorsikal berkuasa tinggi seperti mini sbk (kapcai la tu) dan juga easyriders berada dalam satu konvoi. Jumlah peserta juga biasanya melebih 20buah motorsikal.

Kebanyakkan penunggang adalah berpengalaman dan tahu selok belok laluan yang digunakan serta tahu tempat perhentian dan berkumpul semula.

Konvoi Checkpoint :
bermaksud konvoi yang menggunakan checkpoint. Contoh, ada dalam 30 penunggang motosikal yang turut serta dalam konvoi tersebut akan terus menunggang motosikal sehingga jumpa orang yang jaga checkpoint dan berhenti di checkpoint tersebut untuk tunggu motosikal lain sampai ke checkpoint tersebut. konvoi ni tidak perlu menunggang ikut barisan boleh menunggang motosikal anda selaju yang boleh tapi perlu berhati-hati supaya tidak berlaku perkara yang tak diingini dan kalau boleh bawa pada kelajuan yang selamat ini konvoi bukan nak pergi berlumba. Konvoi checkpoint ini selalu dilakukan di highway. Konvoi ini biasa dilakukan jalan yang tiada simpang atau kurang simpang. sekiranya konvoi itu perlukan susur keluar, akan ada orang yang bertanggungjawab konvoi itu untuk jaga disimpang tersebut. kebiasaannya akan ada seorang untuk jadi lastman. jadi pada yang terasa dibelakang tu jangan risau sebab ada orang tolong ikut. bagi motosikal yang kurang laju ataupon standart kilang tak perlu tergopoh-gopoh untuk kejar motosikal yang sudah modified sebab masih ada lastman.



[Sumber dipetik dari ModenasBikers.com]
Back to top Go down
 
Jenis-jenis konvoi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Konvoi sambil ber'TT' ke Seremban
» kONVOI to Cameron Genting...
» Konvoi Gegaq Penang 2012
» Konvoi Jalan2 Cari Makan Dan Lawatan Sambil Belajar (Edisi Selatan)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SYM Owners Forum Club :: Aktiviti :: Etika & Tatacara Berkonvoi-
Jump to: