SYM Owners Forum Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SYM Owners Forum Club

Anda pemilik motor SYM? Ingin berkongsi pengalaman/pengetahuan teknikal dan sebagainya? Bincangkannya di SYM Owners Forum
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Rehat sebentar... Golak-golak.

Go down 
+4
anakku
Mie-G
longman
HasrulWWC
8 posters
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
zulu
Bapak Budak B Full
Bapak Budak B Full
zulu


Posts : 317
Join date : 2011-06-08
Age : 43
Location : shah alam

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 8:30 am

hhhahaahha...lawak btol la citer korang....gelak sorang2 nih aku kat opis...
lagi..lagi...we want more...hahahahhahah
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:37 am

A man is getting into the shower just as his wife is finishing up her shower, when the doorbell rings.

The wife quickly wraps herself in a towel and runs downstairs.
When she opens the door, there stands Bob, the next-door neighbor..
Before she says a word, Bob says, 'I'll give you $800 to drop that towel.'

After thinking for a moment, the woman drops her towel and stands naked in front of Bob, after a few seconds, Bob hands her $800 and leaves.

The woman wraps back up in the towel and goes back upstairs.
When she gets to the bathroom, her husband asks, 'Who was that?'
'It was Bob the next door neighbor,' she replies.
'Great,' the husband says, 'did he say anything about the $800 he owes me?'

Moral of the story:
If you share critical information pertaining to credit and risk with your shareholders in time, you may be in a position to prevent avoidable exposure.
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:43 am

Di sebuah kpg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dengan niat nak tarbiyah diorg ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drpd Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk jgk lg..
(was-was jgk tok imam ni)

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasat aku semayang.
He heee..."

drunken drunken drunken
Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
blalang


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 52
Location : Putra Heights

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:48 am

lol!
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:48 am

Kontraktor Bengong..
Tersebutlah cerita yang dikatakan berlaku di sebuah pejabat Majlis
Perbandaran Kota Bharu:


(Kontraktor rumah = Abe Wan Din)
Kontraktor rumah : Ambo nok mtok keluluse buak ghumah, lagu mana caro?
Pegawai Bangunan : Lagu ni, mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado! Ambo bawok!
Pegawai bangunan : Mano, wak tubikla, kawe nak tengok
Kontraktor rumah : Errrr! Tok leh! Tok Leh!
Pegawai Bangunan : Wak po tok lehnyo!, Lekahlo wak tubik!
Kontraktor rumah : Kalu tok tengok tok leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh lo pasal kawe nak tengok, pas tu nak luluh
kalu tak dok gapo-gapo hok langgar syarat.
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyak doh, ambo malu benar.
Pegawai Bangunan : Malu wak gaponyo! Pahtu bawok pele mari sajo?
Kontraktor rumah : Ehhh! malu nak ghoyak, pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak po, kalu cukup syarat! Kalu tok
tunjuk, kawe nak sain luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nak wak terbit tunjuk kat mano?, orghe ramai ni!
Malu ambo! Malu weh!
Pegawai bangunan : La!, tak po! Nak malu gapo la demo!Wak tubik atas
meja kaunter ni!Lekas la kawe ado kerjo lain lagi nih! Sibuk beno ni! Kena
Fahe la!
Kontraktor rumah : Nah! Ambo wak terbit ni ha! Cepatla tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa!(terkejut) , buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi ke?Pele ambo kecik!
Mu nok tengok jugak
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besonyo!, maksud kawe
Pele Bangune (Pelan Bangunan)..
Kontraktor rumah : La! Ambo ingak pele nie!Kalu pele bangune, ado lo
dale beg nie! Tok ngoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingak demo fahe! Hok dok mari doh pun tok penah
jadi lagu nie! Dok mano demo?
Kontraktor rumah : Gua Muse!

geek
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:50 am

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya... Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:50 am

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
blalang


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 52
Location : Putra Heights

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:51 am

buoh mempele......
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:52 am

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..

Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:

'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe....tunggulah malam'.

Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang'.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan.... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang!!!!!!!!!'
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 10:56 am

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja
Pagi, naik kereta pergi kerja
Tengahari, tak payah kerja
Petang, balik kerja
Maghrib, tak ada kerja
Malam, tanya bini bole kerja
Bangun pagi, penat malam tadi kerja
Tak sudah-sudah dengan kerja

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain
Pagi sidai kain
Tengahari angkat kain
Petang lipat kain
Maghrib susun kain
Malam BUKA KAIN
Bangun pagi, hilang kain
Tak sudah-sudah dengan kain…
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyTue Dec 13, 2011 11:02 am

Seorang programmer dan jurutera duduk bersebelahan di dalam pesawat yang sama. Untuk mengisi waktu lapang. programmer mengajak si jurutera bermain teka-teki.

“Saya akan membayar engkau RM 5 apabila kau bisa menjawab pertanyaanku dan kau harus membayar aku RM 5 apabila tidak bisa.”
Sang jurutera tetap saja buat buat tak dengar
.
“OK kalau segitu terlalu kecil,” kata programmer, “kalau kamu tak mau, gini aja, aku akan membayar kamu RM 500 bila kamu boleh menjawab dan kamu cukup hanya membayar RM 5 jika tak dapat menjawab.”
Baru setelah itu sang jurutera setuju.

Sang programmer bertanya, “Berapakah jarak antara bulan dan bumi?”
Karena tidak dapat menjawab, sang jurutera memberikan RM 5 kepada sang programmer dan balik bertanya :

“Apakah yang berjalan dengan 3 kaki waktu naik gunung dan 4 kaki waktu turun?”
Karena tidak dapat menjawab, sang programmer langsung membuka dompet dan menyerahkan RM 500 kepada sang jurutera, lalu sang jurutera itu tidur.

“Hei,” Kata programmer. “Kau belum memberitahu aku jawabannya.”

“Aku juga gak tahu,” kata jurutera, sambil menyerahkan RM 5 kepada sang programmer, lalu melanjutkan tidurnya.
Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
blalang


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 52
Location : Putra Heights

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyWed Dec 14, 2011 5:12 am

Dalam
keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk.
Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Malu agaknya. Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli. Dimatikanya
lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru
pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, “Buah
papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?” “Dah, apa citer
ni ?” tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. “Oh,
agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau?
Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.
Mlm
ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri “Sawah
bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?” “kesiannya
bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad.
Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk
bertanya khabar `pengantin baru’ “Lah..” keluh ayah Ramli, “aku antar
belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?” Ayahnya pun
mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo &
juliet… (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih
“about the birds & the bees”. “oh. cam tu.” sengih ramli, “baru saya
paham. Taulah apa nak buat malam ni!”
Malam
yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur. cuma
kali ini isterinya membisu seribu bahasa. “lah.. nape pulak senyap.
takkan dia give up” tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara
dari isteri, Ramli pun berkata, “Dah lapar betul rasanya perut, boleh
tupai datang merasa?” Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun… “Kain
pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun..masih
takde jawaban… Ramli mencuba lagi. “Juruterbang dah siap sedia… boleh
pesawat turun mendarat ?” Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah
selimut, “Maaf tuan… Landasannya baru saje banjir…!”
Back to top Go down
rayzz
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
rayzz


Posts : 797
Join date : 2011-04-25
Age : 44
Location : SemenYih

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyWed Dec 14, 2011 5:50 am

Sib baik 'Ground Control' x jawab..."Flight 324 please proceed to runaway 6A for landing..." ada plak 'landasan' spare....mau berlari Ramli klua...ngeh3...

terbaek la blalang... Very Happy
Back to top Go down
Mie-G
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Tadbir Gred N41
Mie-G


Posts : 4692
Join date : 2011-03-24
Age : 41
Location : Balakong, Selangor

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyWed Dec 14, 2011 11:44 am

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
blalang


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 52
Location : Putra Heights

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyWed Dec 14, 2011 11:48 am

lawakkkkkkkkkk
Back to top Go down
rayzz
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
rayzz


Posts : 797
Join date : 2011-04-25
Age : 44
Location : SemenYih

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyWed Dec 14, 2011 12:06 pm

Mie-G wrote:
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

no 24 tu paling relevan sekarang nih..huhuuuu What a Face
Back to top Go down
Mie-G
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Tadbir Gred N41
Mie-G


Posts : 4692
Join date : 2011-03-24
Age : 41
Location : Balakong, Selangor

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyWed Dec 14, 2011 12:09 pm

haha..skrg ni bukan takat hujan je, complete set ngn ribut dan guruh + kilat skali! Very Happy
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyMon Dec 19, 2011 9:53 am

A sales rep, an administration clerk, and the manager are walking to lunch when they find an antique oil lamp.
They rub it and a Genie comes out.
The Genie says, 'I'll give each of you just one wish.'

'Me first! Me first!' says the admin clerk 'I want to be in the Bahamas , driving a speedboat, without a care in the world.' Puff! She's gone.

'Me next! Me next!' says the sales rep. 'I want to be in Hawaii, relaxing on the beach with my personal masseuse, an endless supply of Pina Coladas and the love of my life.' Puff! He's gone.

'OK, you're up,' the Genie says to the manager.
The manager says, 'I want those two back in the office after lunch'.

Moral of the story:
Always let your boss have the first say.
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyMon Dec 19, 2011 9:54 am

An eagle was sitting on a tree resting, doing nothing.
A small rabbit saw the eagle and asked him, 'Can I also sit like you and do nothing?' The eagle answered: 'Sure, why not.'

So, the rabbit sat on the ground below the eagle and rested. All of a sudden, a fox appeared, jumped on the rabbit and ate it.

Moral of the story:
To be sitting and doing nothing, you must be sitting very, very, very high up.
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2
longman


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyWed Dec 28, 2011 12:25 pm

Semua hewan jadi monyet, monyet jadi apa?

=> Jadi banyak.

Kerbau apa yang sudah dicari-cari tetap tidak kelihatan?

=> Kerbau yang hilang

Menyalak bukannya anjing, mengiau bukannya kucing, berkokok bukannya ayam, terbang bukannya burung, mengembik bukannya kambing.. Binatang apakah itu?

=> Binatang ajaib

Macam mana nak masukkan Gajah dalam peti sejuk?

=> Buka peti sejuk, masukkan Gajah lepas tu tutup

Macam mana nak masukkan Rusa dalam peti sejuk?

=> Buka peti sejuk, keluarkan Gajah, masukkan Rusa dan tutup peti sejuk.

Kalau seluruh hutan terbakar dan semua binatang mati kecuali seekor, agak-agak binatang apakah itu?

=> Rusa, sebab dia masih dalam peti sejuk.

Kenapa Superman berbaju ketat?

=> Baju dia saiz "S"

Kenapa Superman pakai "S" di bajunya?

=> Kalau pakai "XXL", "XXL"-men la pulak

Kalau kambing naik moto, manusia naik apa?

=> Heran?

Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

=> Patah balik

Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

=> Stokin tu basah lah....

Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh ke belakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

=> Aku berjalan secara mengundur!

Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

=> Spedometer bas

Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?

=> Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Kenapa mayat dibungkus kain putih?

=> Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut!!!!

Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam, dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

=> Ayam jadi banyaklah bilangannya.

Ekor siapa panjang, ekor tikus atau ekor kuda?

=> Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

=> Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

=> Lampu jiran sebelah. Cuba pecahkan, tengok saper keluar. kucing ker org

Kalau ditutup dia akan mengintai, tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

=> Orang naik beca semasa hujan


Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

=> Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, sedang profesor memikir untuk masa depan.

Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

=> Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

=> Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

=> Nampak bohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

=> banyakkk...., tapi kat sini jawapan yang nyata adalah "dan"

Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

=> Buang tebiat

Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

=> Batang hidung engkaulah!

Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

=> Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je.

Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?

=> anak pompuan la.

Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

=> Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu.

Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala. kalau makan tak pulak?

=> Sebab dia terfikir tak penah buang air kecil

Zaman jepun dulu, kalau askar jepun jumpa lalaki hemsem, mesti ke pancung. Ditakdirkanlah awak hidup zaman jepun, dan kebetulan satu hari tu anda terserempak dengan askar jepun dari jauh. Apa yang anda buat untuk menyelamatkan diri?

=> Buat selamba je laa.. apa kau ingat kau hensem sangat ke?

Apakah haiwan yang berkaki 3?

=> Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

=> Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

=> Orang gemuk makan tempat, orang kurus makan hati.

Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

=> Kutu, kerana pijak kepala orang.

Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

=> Takkan nak bawak piano pulak!

Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

=> Orang tu penipu besar, mana ada rumah dalam kapal.

Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

=> Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh syarikat telekomunikasi

10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah, namun 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

=> Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Apa kita buat sebelum turun dari perahu?

=> Kita naik perahu le dulu, macam mana nak turun kalau tak naik dulu.

Ikan apa yang ada ketiak?

=> Taukey ikan.

Apa yang dipegang lembik dipukul keras?

=> Tahi ayam melekat kat tiang lampu.

Kenapa anjing jinak suka goyang ekor?

=> Kalau goyang punggong nanti orang kata macam Inul (Dangdut)

Kenapa ikan Yu takut dengan ikan lumba-lumba?

=> Sebab ikan lumba-lumba suka bawak geng. Kalau lawan satu sama satu, belum tahu lagi.

Kalau Haiwan dan Serangga boleh sekolah, siapa yang selalu lewat ke sekolah?

=> Ulat Gonggok, sebab dia banyak kaki lambat nak pakai kasut sekolah.

Kenapa dalam film Hulk, bila hero bertukar jadi Hulk, badan dia terus membesar tapi baju dia je yang koyak seluar tidak?

=> kalu seluar yang koyak .....filem Hulk jadi filem blue..

Binatang apa, kaki macam gajah tapi bukan gajah, telinga macam gajah tapi bukan gajah, badan macam gajah tapi bukan gajah, ada belalai macam gajah tapi bukan gajah?

=> Anak Gajah

Ada 20 ekor babi di dalam sebuah lori, dalam perjalanan ke pusat penyembelihan, lori pergi ke stesen minyak… dua ekor babi tak tahan bau diesel lalu melompat… seterusnya… lori itu berhenti di lampu isyarat… seekor babi melompat kerana tidak sabar menunggu… dan di Simpang Tiga… seekor babi terasa amat panik lalu melompat… berapa ekor babi yang tinggal…?

=> 20 ekor jugak pasai dia lompat dalam lori aje (Di Malaysia kan babi kena bawak dalam sangkar…)

Babi dan beruk ada seorang kawan iaitu tarzan, apabila tarzan mandi kenapa babi dan beruk gelak?

=> Sebab ekor babi dan beruk kat belakang, ‘ekor’ tarzan kat depan… (pendek pulak tu…)

Cuba Teka, mouse komputer betina ke jantan?

=> Mouse komputer adalah betina kerana ia memakai pad.

Seorang penggali kubur semasa nak gali kubur ada pantangnya.. kalau dia langgar pantang ni..mesti ada sesuatu yang berlaku padanya.. pantangnya..kenapa dia tak bole pakai seluar dalam masa gali kubur?

=> Kalau gali kubur kena pakai cangkul, kalau pakai seluar dalam bila nak siap.

Kereta dengan motor, mana lebih tua?

=> Motor, sebab motor pakai tongkat...

Kasut apa yang paling keras di Malaysia?

=> BATA

Kalau 5 orang cina tolak seorang, jadi apa?

=> Yang sorang tu jatuh le..

Apa yang boleh dipotong dengan daging?

=> Tahi panjang waktu tengah berak.

Apa binatang yang boleh terbang, memanjat pokok dan berenang dalam air?

=> Ada banyak jawapan tapi yang pasti mesti 3 binatang bukan 1. Burung, Monyet dan Ikan.

Kenapa apabila monyet makan, ia suka simpan di pipi?

=> Saya tak tahu sebab saya bukan monyet,..

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org tolak pun tak boleh nak bukak?

=> Pintu yang ada tulis "TARIK".

Tukang ape yang kalau dipanggil, die mendongak ke atas?

=> Tukang gali kubur

Apa yang waktu malam dia hidup siang dia mati?

=> Drakula

Sebuah bas membawa 30 orang penumpang. Tiba-tiba berlaku satu kemalangan, semua penumpang dan driver bas mati. Apa yang masih hidup?

=> Lesen memandu, Roadtax dan insurent Driver Bas tu.

Kereta berhenti tarik Handbrek, Kuda Berhenti Tarik Apa?

=> Tarik nafas .....penattt...

Kenapa Pontianak berambut panjang?

=> Sebab malam kedai gunting tutup.

Apa kucing selalu ada, tapi gajah tak mungkin ada?

=> Anak kucing

Katak apa yang boleh melompat lebih tinggi dari Bangunan Berkembar Petronas?

=> Semua katak... sebab Bangunan Petronas tak boleh melompat

Bibir bertemu bibir, tangan meraba raba mencari lubang sehingga menimbulkan keasyikan?

=> Orang main seruling

Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?

=> Kacang panjang bila dipotong namanya tetap kancang panjang, tapi seluar panjang bila dipotong jadi seluar pendek

Katak apa yang dilanggar kereta tapi masih tak mati?

=> Katak panjang umur

Ada 3 orang yang memakai payung - orang pertama gemuk, orang kedua kurus, orang ketiga pendek... siapa yang basah?

=> Tak ada sapa yang basah sebab tak hujan pon

Bagaimana cara nak masukkan 71 orang ke dalam kereta Perodua Kancil?

=> 2 duduk kat depan, di belakang baring posisi 69

Nenek siapa yang larinya melompat-lompat?

=> Nenek si Kangaroo

Perbuatan apa yang ditegah oleh agama tetapi juga dibenci setan?

=> Merogol anak setan

Ayam apa yang boleh bertelur di gunung, di gua, di hutan?

=> Ayam betina ler

Kereta apa yang tidak boleh dicat?

=> Kereta yang hilang

Kuda apa yang boleh lihat kau, tapi kau tak boleh lihat kuda itu?

=> Kuda yang tengah sembunyi


Lipas apa yang kepalanya di kaki, badan-nya di kaki, sesungutnya di kaki, matanya di kaki?

=> Lipas kena pijak

Kenapa kentut kau lebih kuat bunyinya daripada kentut aku?

=> Sebab kau kentut kat Microphone

Siapa yang menemukan dompet kulit?

=> Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada aku

Berapakah jauhnya planet Pluto dari matahari?

=> Tersangaaaaatlah jauhnya

Selalunya kita jumpa semalam baru kita jumpa esok. Dekat mana kita boleh jumpa esok dulu sebelum jumpa semalam?

=> Kalau kita baca kamus dari depan ke belakang.

Apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?

=> Ikan sardin cap ayam.

Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?

=> Michael Jackson.

Kenapa hidung lembu sentiasa berair?

=> Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.

Bom apakah yang tak pernah meletup?

=> Bomba dan kuih bom.

Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

=> Teksi.

Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

=> Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh

Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

=> Semut yang matanya BENGKAK

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

=> Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Kenapa orang bercinta suka meraba raba?

=> Kerana cinta itu buta


Binatang ape power Karate?

=> Kuda belang. banyak "black belt" dia

Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

=> Pembohong...

Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?

=> Sebab lelaki ni kan 'buaya'

Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?

=> Tahi hidung

Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

=> laa, ade org cabut pokok kelapa ker?

Gajah terbang dengan ape?

=> Dengan bersusah payahnya......

Apa dia Berwarna hitam, montok, terbelah tengahnya?

=> Tahi kerbau dilanggar Motosikal


Last edited by longman on Thu Dec 29, 2011 6:47 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Mie-G
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Tadbir Gred N41
Mie-G


Posts : 4692
Join date : 2011-03-24
Age : 41
Location : Balakong, Selangor

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyWed Dec 28, 2011 12:56 pm

pergh..terbaik lah koleksi teka teki!! Very Happy
Back to top Go down
HasrulWWC
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
HasrulWWC


Posts : 757
Join date : 2011-12-06
Age : 49
Location : SHAH ALAM, SG BESI KL & NILAI

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyThu Dec 29, 2011 4:49 am

Hahahaha...
Nak pocah perut...
Back to top Go down
BlueThunder
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
BlueThunder


Posts : 560
Join date : 2011-10-03
Age : 47
Location : Bt.16, Hulu Langat

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptyThu Dec 29, 2011 9:11 am

longman wrote:
1. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

=> Lampu jiran sebelah. Cuba pecahkan, tengok saper keluar. kucing ker org

2. Zaman jepun dulu, kalau askar jepun jumpa lalaki hemsem, mesti ke pancung. Ditakdirkanlah awak hidup zaman jepun, dan kebetulan satu hari tu anda terserempak dengan askar jepun dari jauh. Apa yang anda buat untuk menyelamatkan diri?

=> Buat selamba je laa.. apa kau ingat kau hensem sangat ke?

3. Nenek siapa yang larinya melompat-lompat?

=> Nenek si Kangaroo

4. Kereta apa yang tidak boleh dicat?

=> Kereta yang hilang


4 terbaeeekkk pilihan sy... lol!

trus kurang ilmu sy...gelak kuat sgt... albino
Back to top Go down
HasrulWWC
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
HasrulWWC


Posts : 757
Join date : 2011-12-06
Age : 49
Location : SHAH ALAM, SG BESI KL & NILAI

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptySat Feb 11, 2012 5:03 am

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

——————————————————

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

——————————————————

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

——————————————————

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer….

——————————————————

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

——————————————————

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini “candle light dinner” dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

——————————————————

SAM: Aku ada AIDS? mana ada…
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu…

——————————————————

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

——————————————————

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard “SILA DATANG LAGI”
Back to top Go down
HasrulWWC
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak
HasrulWWC


Posts : 757
Join date : 2011-12-06
Age : 49
Location : SHAH ALAM, SG BESI KL & NILAI

Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 EmptySat Feb 11, 2012 6:39 am

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

‘Tok, tumpang ke Pekan.”

” Boleh, naik di belakang” jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.

‘Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni.”

“Apa salahnye, naiklah di belakang.” Motor pun sampailah ke jalan besar.

Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus
mengejar beliau.

Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

“Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak
ke kite mati.” Marah Tok Batin.

“Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi.”

“Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi…”
Back to top Go down
Sponsored content





Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Rehat sebentar... Golak-golak.   Rehat sebentar... Golak-golak. - Page 2 Empty

Back to top Go down
 
Rehat sebentar... Golak-golak.
Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SYM Owners Forum Club :: Sembang Warung Pak Mat Tempe :: Sembang Merapu Meraban Tak Ada Kaitan Dengan Motor-
Jump to: