***update! 21 Oktober 2011 - Lebih 100 SYM Owner sudah mengesahkan
kehadiran... Jom.. Kita meriahkan bersama... ***Tarikh: 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Dijangka tiba di Ipoh jam: 10.30 pagi
(SYM Owner dari KL dan dari Utara)
Jemputan untuk: Semua Pemilik / Pembonceng SYM VTS 200 dan EVO 250
Bilangan: Minimum 50 jentera VTS200 & EVO250
Venue: Berkumpul di Stesen Minyak Caltex di Jalan Tambun
(berhadapan dengan susur keluar/masuk Tambun.
Kawasan stesen lapang dan bersih. Dijangka jam 10.30 am)
Aktiviti Santai (Free Ride): 1. Ronda-ronda di Ipoh Town Centre sambil menontonkan jentera SYM
2. Ramah mesra dan makan tengahari bersama Datuk Bandar Ipoh
3. Sesi bergambar semua rakan SYM Owner
4. Berkelah di Ulu Chepor (of course, selepas makan)
Jemputan ini dibuka kepada semua. Tidak kira anda daripada kelab
mana sekali pun - KSM, PRC, GTSer, SMBCN, USC, Otai, ERC, Kuala
Selangor, RAA, SFT, KSK, SMOGers, SPBC, GTS FBI dan lain-lain ataupun
individu yang tidak berkelab. Asalkan anda pemilik jentera SYM...
Sila berikan nama anda dan sekiranya membawa pembonceng berikan
juga nama pembonceng segera kepada King Faizal ataupun Jaspal.
FB King Faizal: https://www.facebook.com/king5zal
FB Jaspal Singh: https://www.facebook.com/pakpalitiKita mahukan kehadiran sebanyak mungkin jentera SYM
dan sesi perkenalan sesama SYM Owner yang hanya
bertemu di Facebook selama ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alert: Panduan berkumpul di Stesen Caltex Jalan Tambun, Ipoha. Bagi riders dari arah selatan, sila teruskan perjalanan selepas
Tol Ipoh Selatan (Ampang ataupun juga dikenali Babi Tol).
Exit pertama selepas tol tersebut ialah exit Tambun
(ada tanda menunjukkan Lost World of Tambun).
Keluar sahaja sudah boleh nampak stesen Caltex.
Ikut kiri masuk Jalan Tambun. Lebih kurang 200m selepas
susur ada ruang untuk buat U-turn sebelah kanan.
Ambil U-turn dan balik ke arah stesen.
b. Bagi riders dari arah utara, sila masuk jalan ke Ipoh
semasa di lebuhraya. Tolong jangan pergi terus, nanti
kena exit di Simpang Pulai pulak.
Selepas masuk jalan susur ke Ipoh, exit Tol Ipoh Utara (Jelapang).
Datang terus. Ada beberapa susur keluar selepas exit Tol Jelapang
iaitu
- ke Chemor/Jelapang
- ke Jln Kuala Kangsar/Tasek/Sungai Siput/Ipoh
- ke Bercham
Jangan keluar di susur-susur yang disebut diatas.
Keluar di susur ke-empat iaitu susur Tambun (Lost World of Tambun).
Masuk Jalan Tambun, ikut kanan dan ambil U-Turn untuk sampai
ke stesen Caltex.
Apa-apa kemusykilan sila hubungi Jaspal Singh di
016-5210611~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SYM Owner dari Kuala Lumpur: Tarikh: 29/10/11, Sabtu
- 7.30am RV Jejantas Sg Buloh ke Utara.
- 8.00am Sharp Punctual Tayar Golek.
- 1st Stop RnR Tapah, then Toll Ipoh Selatan. Jumpa Jaspal Singh dan
SYM Owner Ipoh dan Utara (Kedah, Penang, Perlis) di Stesen Caltex
Jalan Tambun. (Dijangka ketibaan jam 10.30 am)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SYM Owner dari Utara (Penang, Kedah, Perlis):Tarikh: 29/10/11, Sabtu
- 8.00 am RV R&R Juru
- 8.30 am Sharp Punctual Tayar Golek
- Jumpa Jaspal Singh dan SYM Owner Ipoh dan KL di di Stesen Caltex
Jalan Tambun. (Dijangka ketibaan jam 10.30 am)
BERSAMA SYM OWNER GEGARKAN BANDARAYA IPOH!
Info LANJUT baca di Facebook ini:
https://www.facebook.com/event.php?eid=204209309647601