Anda pemilik motor SYM? Ingin berkongsi pengalaman/pengetahuan teknikal dan sebagainya?Bincangkannya di SYM Owners Forum
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next
AuthorMessage
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 44
Location : Putra Heights

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 7:40 am

Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 44
Location : Putra Heights

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 7:40 am

CASTROL

Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 44
Location : Putra Heights

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 7:42 am

SHELL
Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 44
Location : Putra Heights

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 7:43 am

Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 44
Location : Putra Heights

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 7:44 am

Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 44
Location : Putra Heights

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 7:45 am

Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 44
Location : Putra Heights

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 7:46 am

Back to top Go down
blalang
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 898
Join date : 2011-09-09
Age : 44
Location : Putra Heights

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 7:49 am

Back to top Go down
taufick14
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 15
Join date : 2011-10-04
Age : 34
Location : Kg Bukit Naga, Sek 32 Shah Alam

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 8:53 am

waaaaaahhhh bnyknye brand minyak. rambang mate ni..

But which one is the best to suit my 100km daily journey... Rolling Eyes
Back to top Go down
Mie-G
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Tadbir Gred N41


Posts : 4691
Join date : 2011-03-24
Age : 34
Location : Balakong, Selangor

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 9:33 am

taufick14 wrote:
waaaaaahhhh bnyknye brand minyak. rambang mate ni..

But which one is the best to suit my 100km daily journey... Rolling Eyes
kena test satu2...hehehe..

_________________

:: Komuniti facebook Freerider ::
Back to top Go down
BKW6025
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 85
Join date : 2011-08-05
Age : 38
Location : MANTIN-PAJAM-SEMENYIH-KAJANG

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 9:47 am

Pilih. Jgn tak pilih. Yg penting sesuai dgn poket. 100km sehari maknanya sebulan sekali kena servis.
Back to top Go down
anakku
Bapak Budak B Full
Bapak Budak B Full


Posts : 307
Join date : 2011-05-03
Location : Kuala Lumpur

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 10:02 am

taufick14 wrote:
waaaaaahhhh bnyknye brand minyak. rambang mate ni..

But which one is the best to suit my 100km daily journey... Rolling Eyes

different rider hv different preference... Wink ...
Back to top Go down
rizal
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 698
Join date : 2011-10-23
Age : 40
Location : Taman Desa Raya , Hulu Langat

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 15, 2011 6:33 pm

fuh .. bro blalang dah bagi info brand minyak 4T scooter siap gambar lagi .. terbaik tu .. semua tu OK punya ..
Back to top Go down
http://www.tm.com.my/Pages/Home.aspx
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Fri Dec 16, 2011 1:51 pm

pakei kat elegen tu..... adik bradik vts200, satu perut...


http://speedtune.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2011-01-01T00:00:00-08:00&max-results=1

Monday, March 29, 2010
Minyak Masak Alternatif Minyak Enjin Pt 1
Aku pernah terbaca satu artikel mengenai minyak masak boleh dijadikan alternatif sebagai minyak enjin. Mungkin ni satu berita baik untuk pengguna2 kenderaan kat Malaysia ni. Maklumla, harga minyak enjin sekarang ni makin mahal. Tiap 2 bulan dah kena tukar.... Minyak enjin keta biasa paling murah pun RM 58.00. Kalau pakai semi-synthetic paling murah pun RM 75.00 (Tgk brand). Minyak enjin yg paling mahal pernah aku pakai MOBIL1 grade 5W-40H harga RM210.00 (dulu harga x sampai mcm ni pun).

Bila aku terbaca artikel mengenai minyak sawit ni kat 1 laman web, aku memberanikan diri untuk mencuba minyak masak ni untuk enjin motor aku (nak try kat keta aku x berani lg,tp aku akan try nanti)..

So, pagi tadi sebelum pegi keje, aku menyempatkan diri untuk menukar minyak enjin yg asal motor aku (Minyak enjin keta Toyota semi-synthetic 10W-30H) kpd minyak masak Avena (grade brp aku pun x tau). Ni kalau bini aku tau ni mau membebel dia sbb aku pakai minyak masak dia senyap2.

Aku keluarkan habis minyak enjin yang asal tu sampai kering. Aku nak tau berapa lama minyak masak ni boleh tahan tanpa dicampur dengan minyak lain.

Lepas habis minyak asal aku keluarkan, aku tuangkan lebih kurang 0.8 liter minyak masak cap Avena dalam enjin motor aku tu. Luak juga minyak masak bini aku kerjakan. Nak buat mcm mana, nak tau punya pasal...

Dah habis dekat suku botol minyak masak aku tuang dlm enjin motor, aku start enjin motor aku tu & aku biarkan ia hidup lebih kurang 15 minit.....

Lepas 15 minit aku biarkan enjin motor aku hidupkan, aku tgk tempreture enjin motor tetap lagi dlm keadaan "COOL" . Bunyi enjin pun lebih smooth berbanding sebelum ni.... Aku try bawak motor aku ni ke tempat keje aku. Jarak antara rumah aku ke tempat keje lebih kurang 20km...

On the way ke tempat keje, Aku try bawak motor aku ni sampai 110km/h... tahap tempreture motor aku meningkat hanya 1 takuk je.... enjin jg aku rasa lebih ringan berbanding aku guna minyak enjin sebelum ni.... tapi bila aku sampai ofis, aku ada terbau mcm minyak masak terbakar.... tp takpe, aku akan try guna minyak masak ni selama sebulan. aku nk tengok apa resultnya....

Info terkini mengenai eksperimen ni, aku akan bagi tau nanti.... tunggu.....


yang ni plak...??

http://remove-a360.blogspot.com/2011/02/minyak-sawit-sebagai-minyak-enjin.html

Tuesday, February 1, 2011
Minyak Sawit Sebagai Minyak Enjin Kenderaan
Percaya kah anda bahawa minyak sawit yang anda masak boleh digunakan sebagai minyak pelincir kenderaan anda atau senang cakap minyak hitam?

Malah sudah ramai rakyat Malaysia sudah menggunakan nya atau sedang mencuba cuba pada kenderaan mereka tanpa sebarang masaalah.Kata mereka yang telah mencuba berpendapat setelah menggunakan minyak masak berasakan sawit suhu enjin nya sangat rendah dan meter suhu tidak melebihi satu takuk,enjin berjalan lancar.

Saya pun telah mencuba keatas kereta saya Proton Iswara 1.3 Saloon,saya membeli minyak masak Sri Murni sebotol 5kg yang berharga RM13.35 sebotol.Saya hanya menggunakan hanya separuh botol sahaja atau sukatan yang saya buat ialah 3.5 liter cukup untuk enjin Proton.Saya mencamporkan satu tin oil treatment STP berharga RM15.90.

Tujuan oil treatment ialah untuk adalah mengawal kepekatan minyak masak berasaskan sawit.Enjin kereta saya berjalan lancar tanpa sebarang masaalah suhu enjin rendah dan enjin senyap dan saya telah menggunakan sudah satu tahun tanpa sebarang masaalah.


Percaya atau tidak nanti saya terangkan fungsi minyak pelincir dalam kenderaan anda yang saya buat kajian sebelum menggunakannya.

Mula mula kita cerita tentang minyak pelincir dulu.Minyak pelincir terdiri dari 90% 'base oil 'atau minyak asas biasanya diperolehi dari proses saringan petrolium atau dipanggil 'mineral oil' dan 10% lagi adalah 'additives'.

Minyak sayuran seperti polyolefins terhidrogen,esters,silicones,flourocarbons dan banyak lagi digunakan sebagai 'base oil' atau di panggil 'synthetic oil'.

Additives digunakan untuk mengawal kepekatan ,mengurangkan geseran , kehausan ,menahan hakisan,pengoksidan dan memanjangkan usia minyak enjin.

Minyak sawit adalah minyak yang paling sintetik yang kita tidak tahu sangat mengenai nya.

Sekarang kita pergi kepada fungsi minyak enjin pula:

1.Fungsi minyak pelincir didalam enjin ialah untuk menjadi lapisan antara bahagian enjin yang bergerak dan mengurangkan geseran,meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kehausan enjin.

2.Untuk mengurangkan geseran, besi dengan besi kalau bergeser akan haus dengan cepat tetapi kalau ada minyak pelincir diantaranya akan melicinkan permukaan besi tadi dengan sangat berkesan.

3.Untuk membuang haba,minyak pelincir akan bergerak dari tempat yang paling panas didalam enjin anda iaitu dalam injap,blok dan piston kemudian turun ketempat yang sejuk iaitu takungan atau 'sump' haba akan di buang bila kenderaan bergerak.Kalau kereta anda berkuasa turbo minyak pelincir akan naik ke alat turbocas dan turun ke intercooler dan balik ke 'sump 'sekaligus untuk melicinkan bering dan membuang haba,kalau tak ada minyak pelincir alat turbocas anda akan merah menyala.

4.Untuk membuang kotoran didalam enjin seperti karbon dan habok besi.Segala kotoran akan dibawa turun oleh minyak pelincir kedalam 'sump' dan sebelum dipam semula naik ke enjin ia akan melalui 'oil filter' untuk di tapis dan guna semula.Anda perlu menukar 'oil filter' setiap 10,000km sebelum filter tersebut penuh dengan kekotoran tersumbat.

5.Untuk penghantaran kuasa, disini kegunaan minyak pelincir ialah didalam kotak gear automatik.Minyak pelincir di panggil minyak hydraulik ia digunakan sebagai cecair pengerak dalam penghantaran kuasa hydrostatic.Minyak hydraulik diperbuat dari pelbagai jenis minyak pelincir yang terdapat di dalam dunia ini.Kegunaan utama minyak ini ialah didalam tranmissi automatik dan 'torque converter'.

6.Untuk melindongi enjin dari dari haus dan lemah dengan membuat lapisan antara permukaan bahagian enjin yang bergerak.

7.Minyak pelincir yang di tambah dengan 'additives' akan melindongi bahagian enjin dari terhakis dan karat.

8.Untuk menutup lubang lubang gas dari kebocoran contoh nya di celah celah antara piston dan blok ,meningkatkan compression enjin dan seterusnya meningkatkan kuasa enjin.

Sekarang kita cerita pula fungsi additives atau oil treatment didalam enjin,

1.Bahan pencuci tujuan untuk mencuci dan untuk neutralize bahan asing dalam minyak pelincir untukmengelakkan minyak beku pada bahagian enjin.

2.Pengubahsuai geseran bertujuan untuk menjimatkan petrol dengan mengurangkan geseran pada bahagian enjin yang bergerak.

3.Mengubahsuai kepekatan minyak pelincir bertujuan mengawal kecairan minyak pada suhu tertentu supaya tidak terlalu cair ketika suhu enjin terlampau panas dan tidak pekat ketika suhu enjin terlalu sejuk.

4.Mengurangkan hakisan atau karat dengan menterbalikkan proses oksidan pada besi dalam enjin.

5.Sebagai antioksidan untuk mengelakan dekomposisi minyak.

6.Sebagai Anti kehausan dengan meninggalkan satu filem yang nipis di permukaan logam bahagian enjin.

7.Tekanan pada Titik Tuangan atau Pour Point meningkatkan keupayaan minyak untuk mengalir pada suhu yang rendah.

8.Agen Antifoaming untuk mengelakkan terjadi buih didalam minyak pelincir yang kesan nya boleh menambah geseran dan hakisan sebab ada ruang udara di antara permukaan logam.

9.Ada ejen tekanan tinggi yang melekat di permukaan logam yang bergeser dan mengelakkan dari kehausan.

10.Bahan Dispersant untuk mengelakan bahan kotoran seperti karbon daripada terapong dalam minyak pelincir dan mengelakkan dari pembekuan.

11.Wax crystal modifier untuk menambah keupayaan oil filter menapis wax daripada minyak pelincir.

Ok saya dah terangkan panjang lebar mengenai fungsi minyak pelincir dan additives tadi dan harap anda faham sekarang dan yakin untuk menggunakan minyak masak berasaskan sawit.

Kalau anda tak yakin tentang kandongan minyak sawit tadi maka oil treatment atau additives yang anda beli contoh STP,Bardhal atau Stop Oil sudah cukup untuk memberi perlindongan enjin.Malah syarikat yang mengeluarkan oil treatment tadi mendakwa kenderaan masih boleh berjalan beberapa ratus kilometer setelah minyak pelincir dicampor oil treatment di buang.

Mengapa orang U.S. tidak membuat kajian mengenai kegunaan minyak sawit sebagai minyak pelincir kenderaan?

Jawapan nya senang saja di U.S. mereka tiada minyak sawit negara kita banyak minyak sawit bayangkan kalau semua kereta pakai minyak sawit kaya kita harga sawit pun akan melambong ramai lah peneroka felda jadi jutawan.Nak buat apa orang U.S. susah susah nak buat kajian kalau orang lain yang kaya.

Ada orang bertanya tidakkah minyak sawit ini akan terbakar bila panas di dalam enjin macam char kuey tiau?

Jawapan nya tidak! Suhu bekerja enjin atau 'engine working temperature' adalah sekitar 80 deg Celcius hingga 90 deg Celcius.Kalau melebihi 100 deg Celcius air dalam enjin akan mendidih alamat anda kena potong selinder head lah.Suhu minyak masak semasa anda menggoreng ikan adalah sekitar 180 deg Celcius bermakna minyak masak berasaskan sawit mempunyai 'flashpoint' yang tinggi.

Minyak synthetic adalah cair atau sukatan nya SAE10W30 berbanding dengan minyak mineral yang biasa nya SAE20W40.

BAGAIMANA SEKARANG ANDA YAKIN ? ADAKAH ANDA CUKUP BERANI UNTUK MENCUBA ?




Last edited by longman on Fri Dec 16, 2011 2:18 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Fri Dec 16, 2011 1:54 pm

http://www.cakap.net/index.php?showtopic=2085


Berminat Guna Minyak Masak Sebagai Pelincir Enjin Kereta?

Oleh Shahrullizan Rusli

SEREMBAN, 5 Nov (Bernama) -- Percayakah anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli dengan harga RM2.50 sepaket bagi menjaga bahagian enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan 3 liter minyak hitam. Jadi saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, RM130 mesti habis, sekarang kurang dari RM10," katanya kepada Bernama di sini.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan "minyak hitam" yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurut beliau, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.


PALING SENTITIK

Nik Safian Afzani berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel terbabit berasa sangat terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air iaitu Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta jenis Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif kepada keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata, "Minyak kelapa sawit merupakan minyak yang paling sentitik, tapi kita tidak tahu mengenainya".


KIRA-KIRA 60 PENGGUNA

Bagi mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam pada kira-kira dua tahun lepas selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak dari itu beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak yang berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya sudah mencecah RM200.


TUKAR DAHULU GASKET

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya, jika boleh, menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm#The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama.


BERNAMA

_________________________________________________________________________

yang ni dari motor trader..

http://www.motortrader.com.my/Cars/Forums/f172/t939911/tp2/Minyak-Masak.aspx

Minyak Masak anybody believe in this? Ada brani ke gune minyak nyiur Subjek: Minyak SAJI. SEREMBAN,(Bernama) -- PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda? Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah. Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya. "Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya. Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya. Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk. Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik. Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya. Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya. Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya." Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang lousy minyak dari luar negara. Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka. "Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya. Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200. Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama


Last edited by longman on Fri Dec 16, 2011 2:20 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Fri Dec 16, 2011 1:56 pm

http://www.rohaizad.com/2008/11/23/pengalaman-sebenar-menggunakan-minyak-masak-sawit-sebagai-minyak-hitam-kereta/


Masih ingatkah kamu lagi pada catatan aku yang lepas berkenaan minyak masak sawit yang kini digunakan sebagai minyak hitam kereta?

Hari ni, kita akan mendengar pengalaman sebenar salah salah seorang pembaca blog ini iaitu Encik Amin dalam menggunakan minyak masak sawit sebagai minyak hitam kereta. Pengalaman ini dihantar sendiri oleh beliau melalui email dan sebagai tanda terima kasih, aku akan menyalinnya kembali untuk dibaca sebagai tatapan umum di hujung minggu ini.

Berikut adalah email yang dihantar:

Salam sejahtera dari saya sahabat baru semua,
Saya dah mula mengguanakan minyak masak kelapa sawit hampir seminggu. saya menggunakan proton wira 1.5 auto.alhamdulillah berkesan. di sini saya huraikan kelebihan dan kelemahan minyak kelapa sawit sebagai minyak enjin.

Kelebihan:
1.enjin jadi smooth gegila
2.kelajuan kereta berbeza bila di atas jalan, tak sedar tekan 100km sejam,kalau idak atas highway tekan 110km sejam,enjin kereta saya mula mengeluarkan bunyi yg agak kuat cam pakai turbo..walhal standard ja.tetapi bila pakai minyak kelapa sawit,enijn jadi sepi.
3.penjimatan minyak yang ketara, saya bergerak hampir 120km, hanya dengan menggunakan minyak petrol sebanyak RM10.tu pon saya guna minyak BHP.

Kelemahan:
1.minyak kelapa sawit hanya 90% di dalam enjin dan tetap kena tambah 10% minyak enjin kereta (beli yg botoi kecik kat ESSO), saya cuba biarkan enjin kereta tidak di matikan selama 1jam 30 minit, mula membuat enjin kereta semput.tetapi setelah di atas jalan ia kembali normal.
2.susah cina kat bengkel nak percaya bila kita pi tukar minyak ni, mula banyak soalan..penat nak menjawab..akakakkekekkaakkek

Itu sahaja saya nak kongsi pengalaman.
Antara kenderaan yang saya dah test :
proton wira auto dan manual
kancil
satria
proton saga
evanza 1.3
datsun lama

Motorsikal:
honda cup 70
ex5
kriss
RXZ

Itu sahaja..
sekian..wassalam

Sebarang persoalan leh email dekat email saya : aiztech@streamyx.com
-amin: alor setar

Terima kasih En Amin. Semoga usaha berani En Amin akan dapat membuka mata ramai pihak. Lagipun mengikut apa yang diberitakan 2 hari lepas, jualan per tan kelapa sawit di pasaran dunia turun. Mungkin sesuatu boleh dibuat untuk meningkatkan nilai dan harga kelapa sawit.

Ada sesiapa yang pernah mencubanya setakat hari ini?
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Fri Dec 16, 2011 1:58 pm

sori bro, lambat bagitau info. tak teringat plak kisah lama ni....

dgr citer, bebudak felda kat belah kelantan dah try zaman dolu2 lagi.... seperti yg pernah dibincangkan dlm forum yg laen.
ntah lah

atau mungkin ader yg ponah cuber?

penat membaca??
Back to top Go down
Iswandi
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 6
Join date : 2011-12-16
Age : 41
Location : Klang

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Sat Dec 17, 2011 12:47 am

Salam Bro Longman,

Bro sendiri pernah cuba x?
Back to top Go down
HasrulWWC
Bapak kepada Bapak Budak
Bapak kepada Bapak Budak


Posts : 757
Join date : 2011-12-06
Age : 41
Location : SHAH ALAM, SG BESI KL & NILAI

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Sat Dec 17, 2011 4:26 am

Pehh... Karangan SPM dapat A ni...
Boleh dipraktikkan pada motor lama dulu ni...
Nak buat kat motor baru rasa lain macam lak...
Nanti raso menyesal lak..
Apa2 pun Longman... terima kasih...
Back to top Go down
longman
Remaja Lesen B2
Remaja Lesen B2


Posts : 161
Join date : 2011-11-07
Location : Key El, Kote Dsara, Pei Jay

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Sat Dec 17, 2011 7:34 pm

Iswandi wrote:
Salam Bro Longman,

Bro sendiri pernah cuba x?

terlepas mencuba kat kapcai lamer dulu..
projek nak mencuba asyik tertangguh jer...
mungkin sebab jarang pakai/guna kapcai mase tu..

motor sym dlm phannthang!! period lagi.... tak berani lerr....

kalu ikutkan technical (kalu nak pakai jgk), direkomenkan pakai selang-seli dgn minyak enjin biasa (especially gred yg direkomen dlm manual sym sendiri).


minyak masak tulen, tiada bahan aditif spti minyak pelincir yg lain.

tu psl tak beraper rekomen utk pemakaian yg berterusan (maintain minyak masak selamanya).
coz minyak masak tiada bahan aditif seperti anti foam, anti oxidation/varnish, aditif pencuci, friction modifier dan sebagainya.

so, just imagine, kalu pemakaian dlm jangka masa lama, varnish mungkin terbentuk kat dlm selinder (ring) dan bibir injap. bayangkan minyak yg tiada agen pencuci utk mencuci dan melarutkan varnish dlm minyak itam. performance injin akan jatuh, lost power output. imagine, sludge dri oxidation terbentuk dlm injin. tak larut dlm minyak, so, mendapan akan berlaku dlm injin. minyak masak tak boleh nak "drain" sepenuhnya mase tukar minyak.

itu psl dlm eksperimen diorg kat atas, ader yg letak injin treatment, atau paling kurang oil treatment, utk menambah bahan aditif yg tiada dlm minyak masak.

dan ader dlm statement diorg atas, pakai minyak injin cap 'boroh' tak sama performance/power dgn minyak cap 'saji'. kalu dibaca kandungan sebatian minyak masak di pasaran, mungkin minyak buruh ader campuran dgn minyak lain seperti jenama cap pisau (campuran minyak kacang dgn bijan..??).
kalu dibaca dlm byk2 artikel dlm pemakaian minyak masak, diorg tak rekomen minyak berasas kan kacang, atau bijian (mungkin jagung, bijan, biji matahari, zaitun....?). coz tak samer dgn minyak piau kelapa sawit.

kalau ader kompeni yg nak invest minyak masak jadi minyak injin. bahan aditif tambahan kener ditambah mengikut sukatan atau piawaian API. kadar kelikatan kene ikut piawaian SAE.
jadinya, kemungkinan reger minyak masak utk injin jadi sama harga dgn minyak sintetik injin yg ader kat pasaran. ....eemmm 'back to square' (in order to save the cost/price).

tak mustahil minyak saji, visawit jadi minyak pelincir....
pecaya tak? castrol pernah pakai minyak "castor" utk pelinciran?.... ... in detail, saya pun tak tahu.
castor tu minyak buah jarak!... bukan ke itu minyak sebatian tumbuhan?

jgn diheran minyak masak boleh jadi minyak pelincir.
sebab memang sifat minyak adalah melincir. tak kira la, minyak kelapa ke, minyak ijau ker, minyak kapak ker..... janji takat "flash point" die tinggi dari suhu kebuk pembakaran.
tapi jgn pakai minyak lintak dah ler.... nanti sempit selinder... coz piston "kembang" sket... the! he! he!

sori la... mengarang lagi. saje nak kongsi pengetahuan. mungkin ader yg lebih tahu dari hamba yg kurang tahu ni....
Back to top Go down
Iswandi
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 6
Join date : 2011-12-16
Age : 41
Location : Klang

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Sun Dec 18, 2011 8:24 am

longman wrote:
Iswandi wrote:
Salam Bro Longman,

Bro sendiri pernah cuba x?

terlepas mencuba kat kapcai lamer dulu..
projek nak mencuba asyik tertangguh jer...
mungkin sebab jarang pakai/guna kapcai mase tu..

motor sym dlm phannthang!! period lagi.... tak berani lerr....

kalu ikutkan technical (kalu nak pakai jgk), direkomenkan pakai selang-seli dgn minyak enjin biasa (especially gred yg direkomen dlm manual sym sendiri).


minyak masak tulen, tiada bahan aditif spti minyak pelincir yg lain.

tu psl tak beraper rekomen utk pemakaian yg berterusan (maintain minyak masak selamanya).
coz minyak masak tiada bahan aditif seperti anti foam, anti oxidation/varnish, aditif pencuci, friction modifier dan sebagainya.

so, just imagine, kalu pemakaian dlm jangka masa lama, varnish mungkin terbentuk kat dlm selinder (ring) dan bibir injap. bayangkan minyak yg tiada agen pencuci utk mencuci dan melarutkan varnish dlm minyak itam. performance injin akan jatuh, lost power output. imagine, sludge dri oxidation terbentuk dlm injin. tak larut dlm minyak, so, mendapan akan berlaku dlm injin. minyak masak tak boleh nak "drain" sepenuhnya mase tukar minyak.

itu psl dlm eksperimen diorg kat atas, ader yg letak injin treatment, atau paling kurang oil treatment, utk menambah bahan aditif yg tiada dlm minyak masak.

dan ader dlm statement diorg atas, pakai minyak injin cap 'boroh' tak sama performance/power dgn minyak cap 'saji'. kalu dibaca kandungan sebatian minyak masak di pasaran, mungkin minyak buruh ader campuran dgn minyak lain seperti jenama cap pisau (campuran minyak kacang dgn bijan..??).
kalu dibaca dlm byk2 artikel dlm pemakaian minyak masak, diorg tak rekomen minyak berasas kan kacang, atau bijian (mungkin jagung, bijan, biji matahari, zaitun....?). coz tak samer dgn minyak piau kelapa sawit.

kalau ader kompeni yg nak invest minyak masak jadi minyak injin. bahan aditif tambahan kener ditambah mengikut sukatan atau piawaian API. kadar kelikatan kene ikut piawaian SAE.
jadinya, kemungkinan reger minyak masak utk injin jadi sama harga dgn minyak sintetik injin yg ader kat pasaran. ....eemmm 'back to square' (in order to save the cost/price).

tak mustahil minyak saji, visawit jadi minyak pelincir....
pecaya tak? castrol pernah pakai minyak "castor" utk pelinciran?.... ... in detail, saya pun tak tahu.
castor tu minyak buah jarak!... bukan ke itu minyak sebatian tumbuhan?

jgn diheran minyak masak boleh jadi minyak pelincir.
sebab memang sifat minyak adalah melincir. tak kira la, minyak kelapa ke, minyak ijau ker, minyak kapak ker..... janji takat "flash point" die tinggi dari suhu kebuk pembakaran.
tapi jgn pakai minyak lintak dah ler.... nanti sempit selinder... coz piston "kembang" sket... the! he! he!

sori la... mengarang lagi. saje nak kongsi pengetahuan. mungkin ader yg lebih tahu dari hamba yg kurang tahu ni....


Salam Bro,


Thank you atas penjelasan yg detail tu. Sy pun krg tau. At least dpt ilmu baru dr forum ni.



Back to top Go down
BKW6025
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 85
Join date : 2011-08-05
Age : 38
Location : MANTIN-PAJAM-SEMENYIH-KAJANG

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Wed Dec 21, 2011 4:12 pm

Jadi.... dah ada ke pengguna VTS guna minyak masak kelapa sawit untuk enjin mereka..
Back to top Go down
Mie-G
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Tadbir Gred N41


Posts : 4691
Join date : 2011-03-24
Age : 34
Location : Balakong, Selangor

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Thu Dec 22, 2011 3:43 am

BKW6025 wrote:
Jadi.... dah ada ke pengguna VTS guna minyak masak kelapa sawit untuk enjin mereka..
wah, dah guna tu jgn lupa kasi review ya! Wink

_________________

:: Komuniti facebook Freerider ::
Back to top Go down
gts2u
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 90
Join date : 2011-05-03
Age : 40
Location : Rawang-Sg Buloh

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Fri Dec 23, 2011 8:03 pm

tadi petang lepas jumaat mulanya aku cadang nak gi servis kat harimau malaya.dah sampai kat kedai tu dan dah jumpa dah kerani perempuan tu.tapi dia kata pomen missing in action.yang aku nampak cuma motor king5zal dalam bengkel tu.tp cuma kerani tu ngan aku je ada.dia call pomen x berjawap.aku pun malas tunggu start terus aku gi servis vts kat mmr.3 jam jugak le bertapa kat sana.tukar minyak itam(sikolene SCOOT 4 10W-40),gear oil (Sikolene SCOOTER GEAR OIL 80W-90),servis cvt,upgrade ke dr pulley 13.5g,tukar belt dan beberapa lg minor service.Total damage untuk beg duit dlm rm 330.masa balik tak dapat sangat nak menghayati kesemutan enjin dan kelajuan sebab masa balik hujan mcm nak rak.cuma perasan pikap bertambah berbanding masa pakai roller ori dulu.
Back to top Go down
Mie-G
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Tadbir Gred N41


Posts : 4691
Join date : 2011-03-24
Age : 34
Location : Balakong, Selangor

PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Tue Dec 27, 2011 4:44 am

pergh...kencang jgk habis!!
tp konfem puas hati kan bro gts2u? Wink

_________________

:: Komuniti facebook Freerider ::
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1   Today at 5:09 pm

Back to top Go down
 
Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1
View previous topic View next topic Back to top 
Page 6 of 10Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next
 Similar topics
-
» Minyak itam dan minyak gear apa yg korang pakai V1
» Mohon pandangan mengenai overhaul sebab piston problem
» Minyak hitam dan gear yang terbaik untuk EVO
» Meter Minyak Pening
» minyak hitam & saiz spoket

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Teknikal SYM :: Sembang Teknikal SYM VTS/GTS 200-
Jump to: