Anda pemilik motor SYM? Ingin berkongsi pengalaman/pengetahuan teknikal dan sebagainya?Bincangkannya di SYM Owners Forum
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Thu Sep 19, 2013 7:10 am

Salam sejahtera semua,

Saya tak pasti apakah kelajuan optimum utk Sym VTS 200 ni.  Biasanya saya berulang alik antara rumah di Pekan Kapar, Klang dan tempat kerja di Kuala Lumpur melalui NKVE dan Federal Highway (laluan motorsikal).

Di laluan NKVE saya terpaksa tunggang pada kelajuan antara 100km/j hingga 130km/j kerana terpaksa bersaing dgn kereta dan lori. Di laluan motorsikal di Federal Highway pula saya biasanya maintain kelajuan antara 80km/j ke 110km/j (melebihi had laju 70km/j yg ditetapkan).  Memang berdesup perginya meninggalkan motorsikal2 lain.

Saya tak buat sebarang modifikasi pada scooter saya dan bacaan yg saya lihat pada kelajuan malar di speedometer spt berikut:

6000 RPM => 80 km/j
6500 RPM => 90 km/j
7000 RPM => 100 km/j
7500 RPM => 110 km/j
8000 RPM => 120 km/j
9000 RPM => 130 km/j

Dgn kelajuan yg memang dianggap "brutal" tu, saya dapati dgn 3 isian penuh minyak RON95, scooter saya boleh dapat bergerak sejauh kira2 1000 km.  Jadi secara purata Fuel Consumption utk scooter saya ialah 11L utk 333 km.

Jadi di sini, saya nak kepastian apakah kelajuan optimum utk VTS 200 ni.  Maksud saya kelajuan yg sesuai di highway dgn penggunaan petrol yg dianggap jimat.


Last edited by Safuan66 on Fri Sep 20, 2013 4:24 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
rider3833
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 45
Join date : 2013-09-11
Age : 39

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Thu Sep 19, 2013 8:30 am

11L = 333 km
1L = 30 km
1L = RM 2.10
1 km = RM 0.07
RM 1 = 14 km

save tuh...( x sia2 decide nk amik vts) cheers cheers 

btol ke matamatik aku ni... Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes 

kalo isi minyak RM1 wat g mesjid , kena perli tak dgn bangla jaga pump huhuhu

Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Thu Sep 19, 2013 9:55 am

Kalau ikutkan 11L (1 tangki penuh) boleh pergi 333km dah kira jimat utk motor besar gedabak ni.  Kira hebat juga teknologi Taiwan ni jika dibandingkan dgn teknologi Jepun.  VTS ni guna carburator aje bukan FI.  Kalau FI dgn 180cc tentu lagi jimat, kan?

Ninja 250R saya (model 2008) pun guna carburator juga tapi kuat minum petrol.  Isi 18L (1 tangki penuh) pun tak dapat pergi sejauh tu.  Walau pun rim 17 inci bandingkan VTS 200 cuma 12 inci.  VTS 200 jauh lagi jimat.  Mungkin Ninja saya tu nak kena buat tuning balik kot.

Apa pun saya rasa seronok lagi naik scooter utk pergi ke pejabat.  Orang tak tahu saya datang dgn apa ke pejabat sebab jaket, topi keledar & sarung tangan semua boleh sumbat underseat compartment & box pada Sym VTS 200 ni. Lagi pun scooter ni tak pakai clutch lever. Pulas aje utk gerak. Memang sesuai sangat utk masuk jalan bandar yg selalu traffic jam.

p/s Kiraan anda betul.  Bagaimana pun, memang tak patut isi RM1 sedangkan scooter kita berbadan besar.  Mau kena gelak nanti. Smile
Back to top Go down
rider3833
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 45
Join date : 2013-09-11
Age : 39

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Thu Sep 19, 2013 4:30 pm

Mmg kna gelak punya dgn mat bangla jaga pump tu
Mmg teknologi Taiwan hebat jugak
market skuter depa pun fofuler la jugak kalo kt ngri omputih sn
Bkn senang org barat nk accept brg buatan Asia ni
Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Fri Sep 20, 2013 4:54 am

Menunggang VTS 200 di highway pada kelajuan antara 100 ke 100km/j mungkin boleh jimat petrol sebab kita kurang guna brake. Kalau menunggang di jalan bandar mungkin akan guna lebih banyak petrol sebab kita terpaksa kerap membrek dan accelerate.

Siapa pernah rekodkan kaitan antara kelajuan & penggunaan petrol? Sebagai contoh kalau kita sentiasa tunggang pada kelajuan 100 km/j di highway, berapa jauh VTS 200 ni boleh pergi dgn 11 liter petrol?

Bagaimana pula kalau sentiasa tunggang pada kelajuan 120 km/j? Berapa jauh boleh dapat dgn 11 liter petrol?
Back to top Go down
rider3833
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 45
Join date : 2013-09-11
Age : 39

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Tue Sep 24, 2013 5:35 am

kalo tuan nak lebih lanjut kaitan kelajuan dgn FC (fule consmption)

de satu gadget namer dier gps data logger ....blh membantu kot nk wat stadi psl FC

check link ni bnyk info dr otai psl bendalah ni...

http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,69003.msg2529662.html#msg2529662

http://www.holux.com/JCore/en/products/products_list.jsp?pno=2
Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Tue Sep 24, 2013 10:38 am

Tak dapat buka link (malaysian bikers) yg kamu bagi tu walaupun saya dah daftar & activate sebagai ahli. Ini mesej yg saya dapat:

"The topic or board you are looking for appears to be either missing or off limits to you."

Saya memang dah lama ada gadget mcm tu tapi jenama lain (Qstarz BT-Q1000XT Bluetooth Data Logger GPS Receiver) yg saya beli secara online dari sini:
http://www.semsons.com/qsbtbldalogp2.html

Tak pernah pulak saya gunakan utk buat analisis kaitan antara kelajuan & FC. Saya cuma guna dulu utk lihat kelajuan kenderaan saya di laluan yg saya buat. Selain dari tu, saya juga gunakan utk tag coordinate gambar yg saya ambil dgn Google Earth.
Back to top Go down
rider3833
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 45
Join date : 2013-09-11
Age : 39

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Wed Sep 25, 2013 8:42 am

http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,69003.msg2529662.html#msg2529662


try lg sekalik...sy buka okla plak

kena tnya otai2 sini mcmana nk wat dgn data dia

rasa sy data ni kita kna olah sndirik cthnya

dia ada bg jarak moto bergerak dgn kelajuan purata
bole la kita banding dgn FC
next trip wat lg skali perbandingan jarak, purata kelajuan dgn FC

tp bnyk variable nk kena amik kira
-umo muto anda
-muto br sebis ke dh lama
-tkanan angin dlm tayar
-berat muatan( brat rider+org blkg+benda dlm tong ikan dsb)
-lain2 ....

pe2 pun kajian dr tuan didahulukan dgn ucapan trima kasih
moga ilmu dr tuan akan bg manafaat utk kita smua

*ni pendpat nubie jer....yg VTS den pun lom dpt2 lg Sad Sad Sad
Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Wed Sep 25, 2013 9:41 am

rider3833 wrote:
http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,69003.msg2529662.html#msg2529662


try lg sekalik...sy buka okla plak

kena tnya otai2 sini mcmana nk wat dgn data dia



*ni pendpat nubie jer....yg VTS den pun lom dpt2 lg Sad Sad Sad

Masih off limit utk saya lihat topic tersebut. Mungkin sebab saya tak post sebarang komen lagi dlm forum MBC tu kot. Atau mungkin sebab saya baru mendaftar semalam.

p/s Bila tempah VTS 200 tu? Ambil Special Edition juga ke? Saya punya yg SE tapi rasanya tak ada apa beza sangat dari yg standard. Kalau ada pun tambahan accessories aje spt lampu signal pada side mirror dan tempat sandar pembonceng.
Back to top Go down
rider3833
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 45
Join date : 2013-09-11
Age : 39

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Wed Sep 25, 2013 10:34 am

Safuan66 wrote:
rider3833 wrote:
http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,69003.msg2529662.html#msg2529662


try lg sekalik...sy buka okla plak

kena tnya otai2 sini mcmana nk wat dgn data dia



*ni pendpat nubie jer....yg VTS den pun lom dpt2 lg Sad Sad Sad
Masih off limit utk saya lihat topic tersebut.  Mungkin sebab saya tak post sebarang komen lagi dlm forum MBC tu kot.  Atau mungkin sebab saya baru mendaftar semalam.

p/s Bila tempah VTS 200 tu? Ambil Special Edition juga ke?  Saya punya yg SE tapi rasanya tak ada apa beza sangat dari yg standard.  Kalau ada pun tambahan accessories aje spt lampu signal pada side mirror dan tempat sandar pembonceng.
VTS model besa2 je....
sbb tokei ckp " kawan, dr u amik SE lbh baik u angkat tu duit kasi hapgred lain2 brg"
ade jugak tokei kedai cmtu....Very Happy 

motor dh smpi kedai
tnggu loan approve je skrg ni
penantian suatu penyeksaan....

Cool Cool
Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Wed Sep 25, 2013 11:59 am

Kalau ikutkan saya pun nak VTS 200 yg standard aje tapi oleh kerana saya berkenan pada warna putih terpaksalah saya bayar lebih utk ambil yg SE tu. Apalah Sym ni tak bagi banyak pilihan warna utk versi standard. Cuma hitam & kelabu aje utk versi standard.

Bagus tokei tu ya? Smile

Nak tunggu loan approved biasanya lebih 2 minggu. Tak apa, sabar ajelah. Tak lama tu.
Back to top Go down
asraf838
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 1
Join date : 2013-09-28
Age : 33

PostSubject: salam bro dan otai seme   Sat Sep 28, 2013 7:01 am

sy tumpang lalu
bau amik vts 200 ni(2nd owner)
nk taye pada otai seme

pe sakit siput ni kalu rpm da 9000 tp speed 110
tolong bagi pandangan
Very Happy Wink 
Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Sat Sep 28, 2013 10:12 am

kelajuan malar pada rpm 9000 ke?

kalau ya, berapa mileage scooter tu sekarang?  kalau dah lebih 60k saya rasa tu perkara biasa utk enjin yg dah worn out.  

Ada mcm2 faktor.  Mungkin air filter dah terlalu kotor atau spark plug dah terlalu lama.  Piston ring dah haus pun ya.
Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Mon Oct 28, 2013 7:01 pm

Terkejut juga saya bila saya dapati Sym VTS 200 saya ni boleh dapat mileage lebih dari 380km utk ~11.5 liter.  Sebelum saya service carburetor dan ganti jarum carburetor tu payah nak cecah 360km.

Nak kata saya bawak "slow" tak jugak.  Sebab biasanya bila jalan "clear" saya tunggang pada kelajuan antara 100 ke 120km/j.  Jarang saya tunggang bawah 100km/j.  

Masa nak balik ke rumah malam tadi dari KL saya dapati penunjuk "fuel" tu tinggal 1 takuk.  Risau juga saya sebab trip meter saya tunjuk saya dah tunggang lebih 340km.  Sebelum ni belum cecah 340km pun lampu kuning "refuel" tu dah nyala.  Ni kali tidak.  Saya pun tawakkal ajelah utk tunggang hingga sampai stesen Petronas Klang Sentral dekat Meru yg mana jaraknya kira2 40km dari KL.  Alhamdulillah lampu kuning tu nyala lepas trip meter menunjukkan lebih 370km.  Risau juga sebab nak sampai ke stesen Petronas Klang Sentral tu ada kira2 10km lagi.  Tapi saya teruskan juga dgn menunggang pada kelajuan 100km/j.  Hasilnya saya dapat sampai ke stesen minyak Petronas setelah scooter saya telah berjalan sejauh lebih 385km.


(Sym VTS 200 saya berjaya mencecah perjalanan sejauh 385km dgn setangki minyak)


(Isi penuh semula)
Back to top Go down
apaizul
Bapak Budak B Full
Bapak Budak B Full


Posts : 282
Join date : 2012-02-02
Location : Oghe Kelate dok Sg. Buloh

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Tue Oct 29, 2013 4:12 am

wwaaa...untung la tuan dapat mileage macam tu..
saya isi penuh mmg paling tggi 310km++ je..
standard bile dah 280km lampu minyak dah berkelip.
mung berat jadi faktor kot
Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Tue Oct 29, 2013 4:50 am

Saya rasa kelajuan optimum Sym VTS 200 ni adalah sekitar 100 ke 110km/j. Penggunaan fuel lebih efisen pada kelajuan tersebut.

Saya memang dlm kategori ringan. Berat saya sekitar 56 kg aje.

p/s Berapa berat tuan? Biasa tunggang pada kelajuan berapa?
Back to top Go down
Safuan66
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 98
Join date : 2013-07-13
Age : 50
Location : Kapar, Klang

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Tue Oct 29, 2013 4:57 am

Adakah model SE ni lebih jimat berbanding versi standard? Ini yg buat saya makin sayang pada VTS 200 saya ni. Smile
Back to top Go down
norizzuddin
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 39
Join date : 2012-11-30
Age : 44
Location : Gombak

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Tue Oct 29, 2013 6:36 am

Salam,
Pada pandangan saya, penunggangan tak melebihi RPM 7000 (kira-kira 110km/h di jalan rata) ada yang optimum untuk penjimatan minyak. RPM 7000 sewaktu menaiki bukit kelajuannya kurang sedikit.

Amalan saya seketika dulu, keluar awal ke pejabat, maintain RPM sehingga 7000 sahaja boleh dapat kira2 320km per tangki penuh (rider 85kg). Amalan lain adalah pulas minyak pelan2 bila lampu hijau.

Sebulan ni keluar lambat, setangki penuh tak sampai 300km. Pulas minyak kuat sikit dan selalu cecah 8000, 9000 RPM.
Back to top Go down
rider3833
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 45
Join date : 2013-09-11
Age : 39

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Tue Oct 29, 2013 7:09 am

terbaik tuan....

moto sy br pas servis 1000km

nk start kira FC pas ni

slalu isi rm10 je...dptla dlm 130-140 km @ ~30-32km/ ltr

anggaran je ni...
Back to top Go down
rusli
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 9
Join date : 2013-11-27
Age : 37
Location : kl

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Wed Nov 27, 2013 5:10 am

salam, saya pemilk baru symVTS 200 baru berapa minggu menggunakannya agak memuaskan dan sedap di bawa di maxhigway kerana saya tinggal di putrajaya dan kerja di kuala lumpur (120/k dlm 20minit sampai. biasa moga honda ex5 saya ambik masa 35minit untuk sampai umah saya di putrajaya dari kl. Minyak banyak bezalah mahal sikit.
Back to top Go down
norizzuddin
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 39
Join date : 2012-11-30
Age : 44
Location : Gombak

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Wed Nov 27, 2013 5:44 am

Rusli,
anggap la penjimatan masa 15minit itu adalah pengganti kepada kerugian (lebih guna) pada minyak dalam penunggangan VTS200.

Dalam byk situasi, kita beli masa dengan duit. Contoh ketara basuh kereta/motor.
Sendiri basuh sejam, hantar carwash sejam (sambil baca paper/Quran/wirid/qasidah atau bersarapan)
Back to top Go down
rusli
Newbie Lesen L
Newbie Lesen L


Posts : 9
Join date : 2013-11-27
Age : 37
Location : kl

PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Wed Nov 27, 2013 8:18 am

Betul3 setuju. .itulah. saya rasa mcm tulah lebih baik dari sebelum ni lama sikit..agak selesa dengan keadaan yang lebih besar dan lebih berat utk bawa laju sedikit..apa2 cara nak buat lampu stop 2 ni dkt belakang ya
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200   Today at 12:37 pm

Back to top Go down
 
KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KELAJUAN OPTIMUM UTK SYM VTS 200
» Wajarkah Saya Beli SYM250 atau same jer nanti dgn moto saya sekarang...
» Versys vs Er6F??
» MaxSYM 400i
» Nak Tambah Laju

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang Teknikal SYM :: Sembang Teknikal SYM VTS/GTS 200-
Jump to: